Bagaimana memajukan sekolah ?
Hussein (2008) di
dalam bukunya ........ telah menyatakan 10 prinsip untuk memajukan
kecemerlangan sesebuah sekolah:
Prinsip 1 - Mempercayai dan mengakui bahawa semua pelajar boleh belajar, diajar
dan boleh mencapai kemajuan.
Prinsip 2 - Mempercayai dan mengakui bahawa sekolah adalah kunci utama bagi
kejayaan para pelajarnya
Prinsip 3 - Pembangunan dan kemajuan sekolah memerlukan falsafah, matlamat,
objektif dan dasar sekolah
Prinsip 4 - Pembangunan dan kemajuan sekolah merupakan usaha untuk mewujudkan
satu budaya sekolah yang lebih positif
Prinsip 5 - Kelolaan dan pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah aspek
penting untuk meningkatkan lagi pencapaian akademik
sekolah
Prinsip 6 - Penyelesaian masalah sekolah perlu dilaksanakan atas dasar usahawan
dan bukanlah semata-mata untuk pengetua
sahaja
Prinsip 7 - Penyelesaian masalah sekolah harus ditumpukan kepada punca-punca
yang menyebabkan timbulnya masalah itu bukannya
gejala-gejalanya
Prinsip 8 - Maklum balas yang berterusan merupakan mekanisme penting
pelaksanaan pembangunan sekolah
Prinsip 9 - Mempercayai dan mengakui bahawa ibubapa dan masyarakat sekitar mempunyai pelbagai kemahiran dan sumber tenaga
untuk membantu sekolah
Prinsip 10- Kemajuan sesebuah sekolah memerlukan pengetua yang mempunyai kepemimpinan
yang berkesan