01.03.2019 | Jumaat yang berkat.
Tetamu Pegawai Pemantau dan Penilai dari Unit PSP , Bahagian Teknologi Maklumat NS yang diketuai oleh Puan Anita bt Mohd Tamin membuat pemantauan dan penilaian bagi melaksanakan Pra-Penilaian APSSK 2019. Pada tahun 2018 , SMKDUHA telah berjaya meraih Naib Johan dalam Anugerah PSS Negeri Sembilan.
Tahniah dan terima kasih kepada Guru Perpustakaan Media yang diketuai oleh Pn. Fadzylah bt Ismail dan AJK , Team Guru SMKDUHA , Team Pengawas PSS SMKDUHA serta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga berjaya ke peringkat kebangsaan nanti.