http://picasion.com/
picasion.com

PT3 2018 : Bermulanya hari ini

1 Oktober 2018 |Bermula PT3 2018 hari ini..
Selamat menduduki peperiksaan kepada semua calon PT3 SMK Dato' Undang Haji Adnan.
Semoga diberi ketenangan hati dan dipermudahkan ketika menjawab soalan.
Kami warga guru sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kalian.

Audit Akademik Siri 2 / 2018

27 Sept dan 28 Sept 2018 | Audit Akademik Fasa 2:
.Program Dialog Prestasi Percubaan SPM 2018 (kelas 5ST,5PA,5SK,5PSV dan 5PVMA ) telah laksanakan bagi mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pelajar dalam Percubaan SPM yang lalu..

English Day Programme

Rabu - 26 Sept 2018 | English Day Programme:
Persembahan drama Bahasa Inggeris dari pelajar Tingkatan 4Png..
Tahniah dan syabas 4Png berani tampil kehadapan membuat persembahan dalam drama BI.

Pengredan PSS tahun 2018

26 Sept 2018 | Pengredan PSS tahun 2018:
Tahniah AJK PSS SMKDUHA.
Bersama mencapai kecemerlangan..
Teruskan kecemerlangan.

Program Ziarah Ihsan ( Oleh Pentadbir Sekolah )

26 Sept 2018 | Program Ziarah Ihsan:

Menziarahi pelajar 5PVMA, Mohammad Fazrul Hakim terlantar sakit di rumah hampir dua bulan akibat kemalangan motosikal..Semoga diberi kesembuhan dan dipermudahkan oleh Allah swt segala urusan. Dan dapat menduduki exam SPM yang bakal tiba 13/11/2018 nanti..

Bengkel Pecutan Akhir PT3 2018 : Jadual Program

Jadual Bengkel Pecutan Akhir PT3 Tahun 2018

Modul Pembelajaran : Profil Kepimpinan Pemimpin Sekolah

Modul ini merupakan pelengkap dalam proses Coaching and Mentoring antara pegawai SIPartner+ dengan Pengetua/ Guru Besar (PGB). Modul ini merupakan bahan belajar yang digunakan oleh pembaca khususnya PGB dan SIPartner+ untuk mendalami pengetahuan bagi meningkatkan kompetensi kepimpinan sekolah. Modul-modul yang disediakan merupakan aspek-aspek yang terkandung dalam empat Standard J-ProKiPS (berasaskan SKPM 2010).

1. Modul Umum:
2.Modul Pengurusan Hala Tuju dan Kepimpinan :

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat Perdana 2018

21September 2018|Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat PT3 dan SPM 2018.
Alhamdulillah. Selesai Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat PT3 & SPM 2018 di SMKDUHA.
Semoga diberkati.
.
Terima kasih dan syabas kepada AJK Pelaksana Program Solat Hajat/Bacaan Yassin, AJK PIBG, rakan2 guru , staf AKP dan ibubapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung atas menjayakan program yang dilaksanakan sebentar tadi..Terima kasih semua..Teruskan usaha dan komitmen anda demi kecemerlangan anak didik DuHa..

Mesyuarat Jawatankuasa Panitia Daerah Bahasa Inggeris Sekolah-sekolah Menengah Daerah Rembau Bil.3/2018

Dimaklumkan bahawa mesyuarat di atas diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 13 September 2018 (Khamis)
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SMK Dato' Undang Haji Adnan 
Pengerusi Panitia BI Daerah Rembau : SMK Dato' Undang Haji Adnan

Agenda Mesyuarat :
1. Perutusan Pengerusi
2. Perutusan Pegawai Meja PPD Rembau
3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 2 / 2018
4. Perkara Berbangkit
    - Post Mortem PPT 2018 dan Program Interversi 2018.
    - Akitiviti/ Laporan Biro
5. Hal-hal Lain
6. Ucapan Penangguhan

Di bawah disertakan Maklum Balas Minit Mesyuarat Bil. 2/ 2018

Dalam Catatan Lipatan Sejarah : Aku Guru Pendalaman Ulu Baram, Sarawak suatu ketika dulu

Sepanjang 4 tahun di bumi itu, banyak kenangan yan mewarnai perjalanan ku sebagai seorang guru. Siapa yang ada pengalaman mengajar di Sarawak atau Sabah, pasti akan melalui pengalaman yang mungkin tak ada di semenanjung..Bukan satu untuk dibanggakan tetapi ianya satu kenangan yang tidak dapat dilupakan..

Mohammad bin Said,
Sarjana Muda Pendidikan,
Universiti SMK Long Lama, Ulu Baram,
Sarawak.  (1995 - 1999 ).

Prestasi SPM dan Program Kecemerlangan Akademik 2018


Syukur, Ya Allah ..Aku masih hidup!!

Program Insaf Diri:

Ceramah Merdekakan Diri dari Bahaya Rokok , Dadah dan Gejala Sosial oleh En. Hamidon Abd Said pada 9/9/2018, Jumaat

Hak Milik : GPK Pentadbiran SMKDUHA @ 2018 [Mohammad Bin Said]