http://picasion.com/
picasion.com

Sejarah DUHA

SEJARAH SMK DATO’ UNDANG HAJI ADNAN (SMKDUHA) | BEROPERASI PADA 1JAN 2003:
-------------------------------------------------------------------------------------
-Terletak di jalan utama Tampin-Seremban berhampiran Pekan Kota, NS.
-Kos pembinaannya ialah sebanyak RM13 juta di atas tapak seluas 12 ekar.
-Pentabir perama yang menguruskan hal ehwal pembukaan sekolah ialah Pn. Hjh. Aishah binti Ashaari.
-Pengetua pertama ialah Pn. Siti Eishah binti Abd Rashid yang memulakan tugas pada 16 Januari 2003.
-SMKDUHa mula beroperasi pada 1 Januari 2003 dengan 250 orang pelajar, 20 orang guru dan 6 orang kakitangan sokongan.
-Pada ketika itu sebanyak lapan kelas dibuka iaitu lima kelas Tingkatan 1 , dua kelas tingkatan 2 dan satu kelas tingkatan 4.
-PIBG SMKDUHA ditubuhkan pada bulan Mac 2003 dan Mesyuarat Agung diadakan pada bulan April tahun yang sama. Tuan Hj.Awaludin bin Abd. Jalil telah dipilih sebagai YDP PIBG yang pertama.
-Sehingga Ogos 2018, bilangan pelajar ialah 510 orang yang meliputi 20 buah kelas biasa (empat buah kelas bagi setiap tingkatan 1 hingga 5 ) dan dua buah kelas PPKI.
-Bilangan staf sekolah pada bulan Ogos 2018 pula ialah 50 orang guru dan 14 orang kakitangan sokongan.
-Sejak penubuhannya pada 2003, SMKDUHA telah dan sedang ditadbir oleh pengetua-pengetua :
(a).Pn Siti Eishah binti Abd Rashid (16 Januari 2003 - April 2003).
(b).Pn. Noliah binti Othman (Julai 2003 – Disember 2005)
(c). Pn. Jainah binti Jantan ( Disember 2005 – Ogos 2006 )
(d). Pn. Hjh. Roaini binti Sharif ( Ogos 2006-April 2007)
(e). Pn. Hjh. Sarieh binti Md. Din ( Mei 2007 – Februari 2008)
(f). Mejar Mohd Tahir bin Mustapha ( Februari 2008 – Oktober 2009)
(g). P. Hjh. Norziah binti Mohd Yusof (Nov.2009 - Disember 2015)
(h).Tn Hj Muhamad Abduh b Azarai (Jan 2015 - April 2017)
(i).En. Jalaludin Bin Dzulkafli (April 2017 - 18 Nov. 2018).

(j). En. Amir Fuad b Mohd Dom ( Nov. 2018 sehingga sekarang )


Gambar guru-guru perintis pembukaan awal SMK Dato' Undang Haji Adnan pada awal tahun 2003:

Barisan Pertama( Dari kiri ke kanan):
En. Zaharin B Sulaiman(GPKHEM SHAMY), En. Nasharudin B Abd Rahman (Pengetua SMK Jelai (F)), Pn Aishah Bt. Shaari (Bersara), Pn.Esiah Bt Abd Rashid (Bersara), Tn. Hj. Abd. Rashid B Abd Aziz (Bersara), En. Taufet b Tambi (Bersara).
Barisan Kedua ( Berdiri dari kiri ke kanan):
Ustazah Zakiah (Pensyarah IAB)  , Pn Safiah Bt Jamaludin (Bersara), Pn Norijah Bt Bulat (Bersara), En. Zainurin B Zakaria (SMK Pedas).
Barisan ketiga ( Dari kiri ke kanan):
En.Norhisham B Ismail (KPM), En.Mohammad b Said( GPK1 SMKDUHA), En.Noorazmi B Nordin (PPD Rembau) , En Idrus B Ashaari ( Pensyarah Maktab), En. Mohd Azlan B Abu Hassan , En. Zulkafli B Ahmad , Us. Halim(SMK Pedas)

Tiada dalam gambar:
Cik Hjh. Fadzilah Bt Hj Maamor (Bersara) , Pn. Hashimah bt Osman (SMK Pedas) dan Pn. Habibah Bt Ujang (Bersara)
Hak Milik : GPK Pentadbiran SMKDUHA @ 2018 [Mohammad Bin Said]