http://picasion.com/
picasion.com

Buku Manual Klafikasi Fail Sekolah - Tatacara Pemakaian Klasifikasi Fail Berdasarkan Fungsi bagi Sekolah-sekolah di Malaysia, KPM

Buku Manual Klasifikasi Fail Sekolah ini akan menjadi sumber rujukan utama dalam mengemaskini pengurusan fail yang sedia ada serta menetapkan kod klasifikasi fail bagi setiap sekolah yang keseluruhannya berjumlah 10,208 buah.

Barisan Pentadbir SMKDUHA 2019

Alhamdulillah..
.
21 Oktober 2019 | Isnin
.
Gambar kenangan-kenangan barisan pentadbir SMKDUHA bersama dengan YTM Dato' Lela Maharaja Dato' Hj. Muhamad Sharip bin Hj. Othman, Dato' Undang Luak Rembau.
.
Thank You Allah.


Dari kanan ke kiri:
En. Abd. Razak bin Mohd. Ghazali (PKHEM), En. Mohammad bin Said (PK Pentadbiran) , YTM Dato' Undang Luak Rembau, En. Amir Fuad bin Mohd Dom ( Pengetua ) dan 
En. Nozri bin Nordin (PK Ko-Kurikulum)
Dari kanan ke kiri :
 En. Amir Fuad bin Mohd Dom ( Pengetua ), En. Abd. Razak bin Mohd. Ghazali (PKHEM), En. Mohammad bin Said (PK Pentadbiran)  dan 
En. Nozri bin Nordin (PK Ko-Kurikulum)

Modul Pendedahan Awal dan Software GeoGebra

Bersama dengan ini juga disertakan link bahan-bahan yang berkaitan dengan GeoGebra iaitu
1. Software GeoGebra  [klik link ini ]
2. Portal GeoGebra untuk rujuk guru [ klik link ini ]
[Kredit kepada Cikgu Muhammad Fakhri bin Ramley dari SMK Dato' Hj. Tan Ahmad ]

Sepuluh Prinsip Penambahbaikan Kemajuan Sekolah

Bagaimana memajukan sekolah ?

Hussein (2008) di dalam bukunya ........ telah menyatakan 10 prinsip untuk memajukan kecemerlangan sesebuah sekolah:
Prinsip 1 - Mempercayai dan mengakui bahawa semua pelajar boleh belajar, diajar dan boleh mencapai  kemajuan. 
Prinsip 2 - Mempercayai dan mengakui bahawa sekolah adalah kunci utama bagi kejayaan  para pelajarnya
Prinsip 3 - Pembangunan dan kemajuan sekolah memerlukan falsafah, matlamat, objektif  dan dasar sekolah
Prinsip 4 - Pembangunan dan kemajuan sekolah merupakan usaha untuk mewujudkan satu budaya sekolah yang lebih positif
Prinsip 5 - Kelolaan dan pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah aspek penting untuk  meningkatkan lagi pencapaian akademik sekolah
Prinsip 6 - Penyelesaian masalah sekolah perlu dilaksanakan atas dasar usahawan dan bukanlah semata-mata untuk pengetua sahaja
Prinsip 7 - Penyelesaian masalah sekolah harus ditumpukan kepada punca-punca yang menyebabkan timbulnya masalah itu bukannya gejala-gejalanya
Prinsip 8 - Maklum balas yang berterusan merupakan mekanisme penting pelaksanaan pembangunan sekolah
Prinsip 9 - Mempercayai dan mengakui bahawa ibubapa dan masyarakat sekitar  mempunyai pelbagai kemahiran dan sumber tenaga untuk membantu sekolah
Prinsip 10- Kemajuan sesebuah sekolah memerlukan pengetua yang mempunyai  kepemimpinan yang berkesan

Modul Exemplar Pen. Sivik. Manual Perhimpunan Sekolah dan Amalan PS dalam Kokurikulum

Pendidikan Sivik bermatlamat untuk melahirkan warganegara yang mengetahui hak, bertanggungjawab dan berakhlak mulia bagi menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan global dengan berfokus kepada literasi sivik dan amali sivik.  Pendidikan sivik ini dilaksana dan diperkasakan secara bersepadu serta holistik melalui perhimpunan sekolah, kurikulum, kokurikulum dan pelbagai aktviti atau program sekolah.

Panduan serta bahan sokongan pelaksanaan Pendidikan Sivik di sekolah menengah boleh dimuat turun melalui link di bawah :

Kod Etika Ibu Bapa / Penjaga / Pelawat

"Kod Etika Ibu Bapa.."

Paparan grafik berikut adalah Kod Etika Ibubapa ketika berurusan di sekolah yang berpandukan Surat Siaran KPM Bil 15 Tahun 2018 untuk perhatian semua ibubapa / penjaga/pelawat.
[Sumber Surat Siaran KPM bil 15 Tahun 2018 : https://www.moe.gov.my/…/bahag…/1086-ss-bil-15-thn-2018/file ] .

Semoga keharmonian dan kesejahteraan dapat disemai bersama.

Majlis Perasmian dan Pelancaran Minggu Teknik dan Vokasional SMKDUHa Tahun 2019

Alhamdullillah..
.
22 Julai 2019 | Isnin nan dingin.
Majlis Perasmian dan Pelancaran Minggu Teknik dan Vokasional SMKDUHa Tahun 2019 telah dirasmikan oleh Tn. Amir Fuad b Mohd Dom, Pengetua SMKDUHA.
.
Thank You Allah.

Penilaian Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2019

RABU, 17 JULAI 2019 merupakan tarikh yang bersejarah kepada warga SMK Dato' Undang Haji Adnan apabila dinilai dalam Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan 2019 bagi kategori Sekolah Menengah. Anugerah yang berprestij ini dihakimi oleh Dr. Annathurai Kasinadan dan En. Koh Chin Kiang.
.
Warga SMKDUHA amat komited dan berharap SMKDUHA dapat melakar sejarah gemilang berjaya dinobatkan sebagai Johan Anugerah Pusat Sumber Peringkat Kebangsaan 2019 sekaligus mengharumkan nama Negeri Sembilan di persada negara.
Perkongsian Saudara Ismail b Adnan mengenai PSS Ungku Abdul Aziz Nukleus SMKDUHA
Bersama Ismail b Adnan ( Personaliti RTM 1 )
PSS Ungku Abdul Aziz SMKDUHA

Majlis Pelancaran Minggu Sains dan Matematik 2019

15 Julai 2019 | Isnin.
Majlis Pelancaran Minggu Sains dan Matematik peringkat sekolah telah dirasmikan oleh Tn. Pengetua , Cikgu Amir Fuad bin Mohd Dom..
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sempena Minggu Sains dan Matematik :

Sesi wawancara bersama Ismail b Adnan_Personaliti RTM 1

Sesi wawancara bersama Ismail b Adnan (Ikon Siarawan, pengacara/ penyampai berita TV1 dan penerbit ) oleh Pengerusi PSS SMKDUHA, Sharin Nabil Norman Bajuri.
.
Mari kita dengar apa yang menarik mengenai SMKDUHa.
.
Thank You Allah.

Pelancaran Program Guru Muda dan Highly Immersive Programme Peringkat sekolah.

Alhamdullillah..
.
3 Jun 2019 | Rabu
.
Pelancaran Program Guru Muda dan Highly Immersive Programme Peringkat sekolah.
.
Bersama Ikon Siarawan RTM:
Ismail b Adnan
(Ex-Duharian - 2003 hingga 2007 )
.
Thank You Allah.

Dialog Prestasi dan Post Mortem Pep. Pertengahan Tahun 2019


Lawatan Sesi Profesionalisme Pegawai JPNS dan BTPNS bersama-sama calon Anugerah PSS Peringkat Kebangsaan 2019.

Pada 25 Jun 2019, satu lawatan profesionalisme pegawai JPNNS dan BTPNS telah dilaksanakan bersama calon APSSK 2019, SMKDUHA. Lawatan ini bertujuan memberi penghargaan dan sokongan di samping melihat persiapan akhir sekolah-sekolah yang bertanding mewakili Negeri Sembilan..

Hak Milik : GPK Pentadbiran SMKDUHA @ 2018 [Mohammad Bin Said]