http://picasion.com/
picasion.com

Dialog Prestasi dan Post Mortem Pep. Pertengahan Tahun 2019


Lawatan Sesi Profesionalisme Pegawai JPNS dan BTPNS bersama-sama calon Anugerah PSS Peringkat Kebangsaan 2019.

Pada 25 Jun 2019, satu lawatan profesionalisme pegawai JPNNS dan BTPNS telah dilaksanakan bersama calon APSSK 2019, SMKDUHA. Lawatan ini bertujuan memberi penghargaan dan sokongan di samping melihat persiapan akhir sekolah-sekolah yang bertanding mewakili Negeri Sembilan..

Sambutan Hari Raya SMKDUHA Tahun 2019

Alhamdullillah..
.
14 Jun 2019 | 10 Syawal 1440H (Jumaat)
Sambutan Hari Raya Peringkat SMKSUHA Tahun 2019 .
.
Kami barisan pentadbir SMK Dato' Undang Haji Adnan (masih belum lagi terlambat) ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh muslimin dan muslimat, maaf zahir dan batin khususnya warga SMKDUHa..
.
"Mari kita ambil kesempatan di bulan yang berbahagia ini untuk terus mengeratkan siratulrahim dan bermaafan di antara kita. Semoga kita semua akan sentiasa berada di dalam peliharaan Allah S.W.T dan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki untuk bertemu kembali di bulan Ramadan al-Mubarak 1441 Hijrah pula, insya-Allah.."
Dari kami :
Amir Fuad B Mohd Dom (Pengetua )
Mohammad B Said (GPK Pentadbiran)
Abd. Razak B Mohd Ghazali (GPK HEM)
Mohd Norzri B Mohd Nordin (GPK KOKU)

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

Saya dengan rendah hati mengambil kesempatan memohon kemaafan kepada semua atas segala salah silap yang disedari atau tidak , tutur bicara mengguris hati, tingkah laku yang kurang disenangi serta segala kekhilafan yang ada pada diri ini.
.
"Ya Allah, aku maafkan sesiapa sahaja yang ada berbuat salah padaku dan Kau lembutkanlah hati mereka yang aku sakiti untuk memaafkan juga segala kesalahanku terhadap mereka"..
.
Syawal kian menghampiri. Moga kita memasuki bulan mulia ini dengan hati bersih suci diiringi rahmat dan kasih sayang Illahi..

Selamat Menyambut Idulfitri Maaf Zahir Batin.
Hak Milik : GPK Pentadbiran SMKDUHA @ 2018 [Mohammad Bin Said]