http://picasion.com/
picasion.com

Surat Rasmi Keputusan SMKDUHA ke Anugerah PSS Peringkat Kebangsaan 2019

Alhamdullillah..
.
Surat keputusan rasmi SMKDUHA calon Negeri Sembilan ke Anugerah Pusat Sumber Sekolah Peringkat Kebangsaan (APSSK) 2019 bagi kategori sekolah menengah..
.
DUHA THE BEST..WE LEAD THE REST..
.
Tiada yang mustahil..
Pemangkin untuk terus maju ke hadapan..
.
Thank You Allah.


Prgram SMAT Jauhari : Bengkel Teknik Menjawab Matematik PT3

Alhamdullillah..
.
17.03.2019 | Ahad nan nyaman.
.
Program SMAT Jauhari 2019:
Bengkel Teknik Menjawab Matematik PT3 2019
.
Thank You Allah.

Kolaborasi Bersama Students UKM

KOLABORASI BERSAMA UKM.
.
15.03.2019 | Jumaat yang berkat.
.
Perkara : Program Motivasi dan Hala tuju Pelajar Asrama Bersama Pelajar UKM.
Tarikh : 15 - 16 Mac 2019
Masa: Bermula jam 9.00 malam (Jumaat) hingga Sabtu tengahari.
Anjuran: Unit Bimbingan dan Kaunseling.
Mahasiswa dan mahasiswi UKM Program Master dalam bidang Kaunseling.
.
Thank You Allah.

Majlis Penyerahan Slip Peperiksaan SPM 2019..

Alhamdullilah..
.
14.03.2019 | Khamis yang ceria.
.
Tahniah kepada semua yg berjaya memperoleh keputusan cemerlang dlm SPM 2018. Yang kurang berjaya jangan jadikan keputusan ini sebagai pematah semangat untuk anda terus berusaha menjadi terbaik dikalangan yang terbaik
.
GPS SPM 2018 = 5.01 dan % LULUS SPM = 91.18 %
8 Subjek daripada 16 subjek telah berjaya memperolehi 100% lulus iaitu :
(a).Prinsip Perakaunan ( 100% tiga tahun berturut-turut).
(b).Fizik (100% enam tahun berturut-turut).
(c).Kimia (100% enam tahun berturut-turut ).
(d).Biologi (100% dua belas tahun berturut-turut).
(e).Kesusasteraan Melayu (100% enam tahun berturut-turut).
(f).PSV (100% dua belas tahun berturut-turut).
(g).Perniagaan.
(h). Pen. Moral.
.
"DI MANA ADA KEMAHUAN, DI SITU ADA JALAN"
.
Thank You Allah..


Majlis Pelancaran NILAM dan Frog VLE Peringkat Sekolah 2019

13.03.2019 |  Rabu nan indah
.
Majlis Pelancaran NILAM dan Frog VLE Peringkat 2019.
.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan tahniah kepada Jawatan kuasa Pengelola Majlis Pelancaran NILAM dan Frog VLE kesungguhan anda kalian dalam menjayakan majlis tersebut. Penghargaan juga kepada warga sekolah yang bersama-sama menjayakan majlis yang meriah ini.
.
Thank You Allah..

Kelas Fajar Asrama SMKDUHA 2019

Alhamdullillah..
.
Kelas Fajar Asrama DUHA..
Hari: Setiap hari Selasa, Rabu dan Khamis.
Masa : 6.50 am - 7.40 am.
Tarikh : Bermula pada 11 Mac 2019.
.
Thank You Allah..

X-Tra Class - Program Cerna Minda 2019

Alhamdullillah..
.
Program Cerna Minda 2019
Tarikh : Bermula 4 Mac hingga Oktober 2019
Hari : Isnin, Selasa dan Khamis
Masa: 3.00 pm - 4.15 pm
Sasaran : Murid Tingkatan 3 dan Tingkatan 5
.
Thank You Allah.

Pra-Penilaian Anugerah PSS Peingkat Kebangsaan (APSSK 2019 ) tahun 2019.

01.03.2019 | Jumaat yang berkat.

Tetamu Pegawai Pemantau dan Penilai dari Unit PSP , Bahagian Teknologi Maklumat NS yang diketuai oleh Puan Anita bt Mohd Tamin membuat pemantauan dan penilaian  bagi melaksanakan Pra-Penilaian APSSK 2019.  Pada tahun 2018 , SMKDUHA telah berjaya meraih Naib Johan dalam Anugerah PSS Negeri Sembilan.


Tahniah dan terima kasih kepada Guru Perpustakaan Media yang diketuai oleh Pn. Fadzylah bt Ismail dan AJK , Team Guru SMKDUHA , Team Pengawas PSS SMKDUHA serta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga berjaya ke peringkat kebangsaan nanti.
Hak Milik : GPK Pentadbiran SMKDUHA @ 2018 [Mohammad Bin Said]