http://picasion.com/
picasion.com

Mesyuarat JK Majlis Permuafakatan Penolong Kanan Pentadbiran SM NS kali 1

Perkara : Mesyuarat JK Majlis Permuafakatan PK Pentadbiran  SM NS
Tempat: SMK Seri Pagi, Seremban.
Masa: 9.00 am - 100 pm
Tarikh : 31/10/2018
"KITA HANYA MAMPU MERANCANG, ALLAH YANG MENENTUKAN..BERKATI USAHA KAMI YANG SEDIKIT INI YA ALLAH..."

Bantuan...

BANTUAN ....

Oleh: Prof. Dr. Muhaya Mohamad

Apakah bantuan yang paling kita harapkan dalam hidup ? Pastilah kita semua mengharapkan 'bantuan' Allah . Tidak akan ada sesiapa pun dapat mengalahkan kita sekiranya 'ada bantuan' Allah. Baik yang datang itu manusia, jin, iblis , ataupun masalah-masalah dalam hidup.
.
Cuma persoalannya, adakah kita layak menerima 'bantuan' itu ? Melihat kepada amalan kita, adakah kita layak ? Melihat kepada sikap kita, adakah kita layak ? Namun, perlu kita ingat, Allah Maha Pengasih. Rahmat Allah lebih luas dan besar. 'Bantuan' Allah sentiasa dikira rezeki, dan sebagai rezeki ia bersifat rahsia Allah..
.
Di sinilah, kita sebagai orang Islam jangan tertinggal perkara penting itu. Setiap perkara yang kita lakukan perlu diniatkan kerana Allah..Kita niat ikhlas dan sungguh-sungguh kerana Allah. Kita langsung tidak memikirkan tentang mahu menabur budi, mahu dibalas budi, mahu dikenang, apatah lagi mahu disanjung dan dipuji.
.
Cuma persoalan yang sering datang kepada manusia adalah, dia berasa sudah melakukan segala-galanya, tetapi mengapa dia masih gagal ? Mengapa seperti 'bantuan' Allah itu tidak pernah datang?
.
Kita merancang, tetapi rancangan Allah adalah yang lebih baik. Kita meminta, tetapi pemberian Allah adalah yang jauh lebih baik. Kita meminta 'kaya', tetapi tidak berjaya selepas puas berusaha dan berdoa. Apa salah kita ? Semestinya ada salah di mana-mana. Namun, sebelum kita menemui salah itu, cepat-cepat ingatkan diri kita, bahawa, 'tidak dapat', juga adalah 'bantuan' yang tiba..
.
Misalannya, sekiranya kita berjaya menjadi orang kaya, mungkin kita tidak mampu mengawal kekayaan kita..Ibarat, seorang yang hanya tahu berbasikal, diberikan Ferrarri untuk dijadikan pengangkutan,adakah orang itu mampu mengawal kelajuan Ferrari tadi ? Sehingga akhirnya kemalangan..
.
Untuk yang mempersoalkan, mengapa orang yang buruk akhlaknya, langsung tidak mahu tunduk kepada Tuhan, diberikan pula segala yang mereka minta ? Jangan kita lupa, sesiapa yang berusaha memang Allah akan beri. Itulah rahmat Allah untuk seluruh alam. Tidak kira orang Islam ataupu bukan Islam..
.
Cuma sebagai orang Islam, kita bukan sahaja berusaha mendapatkan harta dunia, tetapi juga berharap yang harta dunia tadi berguna untuk akhirat nanti. Jadi apabila kita tidak mendapatkan 'kaya dunia' mungkin itulah sebenarnya 'bantuan' Allah untuk kita. Membantu kita mendapatkan akhirat dengan cara yang tidak  kita sangka..Mungkin 'kaya dunia' tadi adalah penghalang untuk kejayaan akhirat kita..
.
Untuk orang Islam yang memang melanggar semua perintah dan larangan  Allah, tetapi masih kaya, itulah nama istidraj..Allah memberikan apa semua yang minta, tetapi tanpa redhaNya. Mereka akan menggunakan kekayaan tadi untuk melakukan lebih banyak maksiat..Lebih banyak kerosakan, ke muka bumi, dan dirinya sendiri. Mereka semakin jauh daripada Allah, dan semakin hampir dengan neraka. Lalu, adakah ini yang dinamakan 'bantuan Allah'..
.
Jadi, jangan terlalu cepat kecewa apabila apa yang kita minta tidak diperoleh. Jangan pula cepat bersangka buruk apabila melihat ada ahli maksiat yang seperti mendapat apa sahaja yang dia mahu..Itu semua 'bantuan Allah' dan sentiasa datang dalam bentuk yang tidak pernah kita bayangkan...

Sesi Profesionalisme Guru Penolong Kanan Pentadbiran SM Negeri Sembilan

Sesi Profesionalisme Guru Penolong Kanan Pentadbiran SM
Negeri Sembilan 

Tarikh : 15 Oktober 2018
Masa : 8.00 - 5.00 pm
Tempat : Dewan Cemara 7 Demensi, Taman Warisan Puteri
Perasmian Penutup Oleh: Tn Hj Pkharuddin bin Haji Ghazali, Pengarah Pendidikan JPNNS

Video Majlis Istiadat Graduasi Tingkatan 5 SMKDUHA Tahun 2018

Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 Tahun 2018

13 Oktober 2018 (Sabtu) | Majlis Graduasi Pelajar Tingkatan 5 Tahun 2018
.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya Istiadat Graduasi SMK Dato' Undang Haji Adnan untuk kali kedua dapat dilaksanakan dengan licin dan lancar..Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua para graduan tingkatan lima tahun 2018.
.
Majlis garduasi ini diadakan khusus untuk meraikan dan pengktirafan kepada semua pata pelajar yang menunjukkan prestasi cemerlang semasa Peperiksaan Percubaan SPM yang lalu. Majlis ini juga sebagai perangsang dan pembakar semangat kepada mereka yang mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan sebenar SPM nanti..
.
Kepada para graduan sekalian, saya dan seluruh warga sekolah sentiasa mendoakan agar anda semua dapat menjejakkan kaki ke menara gading dan seterusnya mencapai impian anda dalam bidang akademik dan kerjaya..

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Minggu Teknik dan Vokasional 2018

12 Oktober 2018 | Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Minggu Teknik dan Vokasional 2018.
.
Terima kasih kepada semua..
Khususnya cikgu-cikgu Teknik dan Vokasional dan semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung..
Berjumpa lagi di pertemuan seterusnya..
In Shaa Allah..Thank you so much..
5


Bengkel Kecemerlangan Pendidikan Islam

9 Oktober 2018 | Bengkel Kecemerlangan Pendidikan Islam SPM Daerah Rembau
Masa : 8.30 - 1.00 ptg
Tempat : SMKDUHA
Peserta : 84 org pelajar SMKDUHA
Penceramah:
Ustazah Cik Hjh Badriyah binti Shaikh Ahmad
--------------------------------------------------------------------------
Terima kasih diucapkan Panitia P.Islam serta En Shahrom dan En Fairuz serta semua pihak yg menjayakan Program Bengkel Kecemerlangan ini. Semoga anak-anak murid mendapat kejayaan yang cemerlang...

Inspirational Talk

8 Ogos 2018 | Inspirational Talk
Penceramah: En Nur Azrul bin Md Zin
( Bekas pelajar SMKDUHA)
.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada En Azrul Zin atas kesudian hadir ke sekolah untuk memberi kata-kata motivasi dan semangat kepada calon SPM 2018..

Perasmian Minggu Teknik & Vokasional 2018

8 Oktober 2018 | Majlis Perasmian Minggu Teknik dan Vokasional SMKDUHA 2018.

Majlis Penutup Bengkel Prinsip Perakunan

7 Oktober 2018 | Majlis Penutup Bengkel Prinsip Perakaunan
Ucapan terima kasih kepada semua yang telah membantu menjayakan Kem Intensif Perakaunan 2018 terutama kepada semua termasuk pa sistem( En Fairuz) serta pengurus asrama(Pn Sharela).. Moga sama-sama menjadi amal jariah kita dalam usaha membantu masa depan para pelajar kita...
Hak Milik : GPK Pentadbiran SMKDUHA @ 2018 [Mohammad Bin Said]