http://picasion.com/
picasion.com

Dialog Prestasi Pelajar Tingkatan 5 Asrama DUHA 2019

25.02.2019 | Malam Isnin yang damai.
Dialog Prestasi Pelajar Tingkatan 5 Asrama DUHA 2019..

Dialog Prestasi bersama Calon PT3 Tahun 2019

25/2/2019 | Isnin yang damai.
Dialog Prestasi Calon PT3 bersama Tuan Pengetua, Cikgu Amir Fuad b Mohd Dom.

.

Terima Kasih Cikgu..

Kelas Berfokus SPM 2019

16/2/2019..Sabtu yang damai.
Program BesTari VoTEK .
MataPelajaran : Perniagaan Siri 1 / 2019


 
 
 

Tranformasi Asrama SMKDUHA

16/2/2019..Sabtu yang damai.
Program Gemilang Asrama Siri 1/2019
Motivasi dan Halatujuku.
Disampaikan oleh:
Kapten Ahmad Johari dari Selnagor
Anjuran:
Unit Bimbingan dan KAunseling SMKDUHA

 
 

Kelas Berfokus SPM 2019

15/2/2019..Jumaat yang berkat.
3.00 pm - 4.30 pm
Klinik Subjek Kritikal - Add. Maths SPM



Pemantauan dan penilaian makmal Sains SMKDUHA bagi pertandingan Makmal Sains Terbilang NS 2019

14/2/2019..Khamis yang damai
.
Tetamu Pegawai Pemantau dan Penilai dari Jabatan Pendidikan NS yang diketuai oleh Pn. Salasiah bt Yusof membuat pemantauan dan penilaian makmal Sains SMKDUHA bagi pertandingan Makmal Sains Terbilang NS 2019.
Tahniah Makmal Sains SMKDUHA atas terpilih mewakili Daerah Rembau ke peringkat negeri Negeri Sembilan tahun ini dalam kategori Makmal Sains Terbilang 2019.
Tahniah dan terima kasih kepada Ketua Bidang Sains dan Matematik, Norzahidah bt Ahmad ,Team Pembantu Makmal SMKDUHA yang diketuai oleh Pn. Siti Zainab bt Bador dan guru Sains SMKDUHA serta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Semoga berjaya ke peringkat negeri nanti.

Dialog Prestasi Bersama Guru kali Pertama 2019

Isnin...11/2/2019 
Dialog Pretasi Pertama Bersama Guru 2019
Masa : 3.00 pm.


 

Majlis Pelancaran Program Mentor & Mentee Tahun 2019

11/2/2019..Isnin yang tenteram.
Majlis Pelancaran Program Mentor & Mentee Tahun 2019.

Perasmian oleh :
Cikgu Azmi bin Basir
Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Rembau

Perkongsian Hadis - Ganjaran Berganda Untuk Guru

Ganjaran Berganda Untuk Guru

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا
Dari Abu Hurairah bahwasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Barang siapa mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak pahala yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Sebaliknya, barang siapa mengajak kepada kesesatan, maka ia akan mendapat dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun." (HR Muslim No: 4831)

Pengajaran:
1.  Sesiapa sahaja yang berperanan mengajak serta menasihat kepada kebaikan, mereka adalah seorang guru.
2.  Orang yang mengajak, membimbing, menasihat, mengajar seseorang  agar melakukan perkara kebaikan, dia akan mendapat ganjaran pahala seperti mana yang didapati  oleh orang yang belajar dan beramal.
3.  Orang yang mengajar, membimbing dan menunjukkan yang buruk dan jahat, dia akan memperolehi ganjaran dosa sebanyak orang yang mengikuti dan beramal dengannya.

Ayuh kita menjadi guru - paling tidak kepada ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat. JOM kita rebut peluang menyimpan deposit amal yang berterusan untuk akhirat kita dengan mendidik, mengasuh dan mengajar orang lain.  Hadis Rasulullah SAW:

إِذَامَاتَ الإِنسَانُ انْقَطَعَ عَمَلُهُ إِلاَّمِن ثَلاَثَةٍ: صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ وَعِلْمٍ يُنتَفَعُ بِهِ وَوَلَدٍصَالِحٍ يَدْعُولَهُ

“Apabila seseorang manusia mati, maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat yang diajar dan anak solleh yang mendoakan untuknya” (HR Muslim No: 3084)

Guru Yang Menyampaikan Kebaikan Didoakan Makhluk Di Langit, Bumi dan Lautan

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ قَالَ ذُكِرَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلَانِ أَحَدُهُمَا عَابِدٌ وَالْآخَرُ عَالِمٌ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَضْلُ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِي عَلَى أَدْنَاكُمْ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ وَأَهْلَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرَضِينَ حَتَّى النَّمْلَةَ فِي جُحْرِهَا وَحَتَّى الْحُوتَ لَيُصَلُّونَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الْخَيْرَ

Dari Abu Umamah Al Bahili ia berkata; "Dua orang disebutkan di sisi Rasulullah SAW, salah seorang adalah ahli ibadah dan seorang yang berilmu, kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Keutamaan seorang alim dari seorang abid seperti keutamaanku dari orang yang paling rendah di antara kalian, " kemudian baginda melanjutkan sabdanya: "Sesungguhnya Allah, MalaikatNya serta penduduk langit dan bumi bahkan semut yang ada di dalam sarangnya sampai ikan paus dilautan, akan mendoakan untuk orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia." (HR Tirmizi No: 2609)

Pengajaran:
1.  Kedudukan orang berilmu yang beramal adalah lebih utama daripada seorang ahli ibadah.
2.  Guru yang memiliki ilmu dan mengajar serta membimbing orang lain untuk menjadi insan solleh dan bertaqwa, semua makhluk di langit, bumi dan di dalam air mendoakan kebaikan untuknya.
3.   Fudlail bin Iyadl berkata; "Seorang alim yang mengamalkan ilmunya dan mengajarkan ilmunya akan dipanggil dengan kebesaran oleh para Malaikat yang ada di langit."

Ayuh kita menjadi "GURU" walaupun dengan hanya menasihatkan orang lain melalui pelbagai relung dan ruang yang ada termasuk media sosial seperti whatsapp, telegram, FB dan sebagainya. 

Guru Mempermudahkan Pengajaran

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلِّمُوا وَيَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَإِذَا غَضِبْتَ فَاسْكُتْ وَإِذَا غَضِبْتَ فَاسْكُتْ وَإِذَا غَضِبْتَ فَاسْكُتْ

Dari Ibnu Abbas, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "hendaklah kalian mengajar, mempermudah dan jangan mempersulit. Bila engkau marah maka diamlah. Dan Bila engkau marah maka diamlah. Bila engkau marah maka diamlah." (HR Ahmad No: 2425)

Pengajaran:
1.  Berusahalah setiap kita menjadi guru, pendakwah, pendidik bagi menyampaikan ilmu untuk membimbing orang lain menjadi insan solleh.
2.  Sebagai guru, kita perlu mempermudahkan pengajaran sehingga orang yang diajar dapat memahami dan beramal dengannya.
3.  Sebagai guru, kita kadang-kadang berhadapan dengan pelbagai karenah dan perangai anak murid atau orang yang kita sampaikan dan nasihati. Kesabaran adalah perlu ketika berhadapan dengan pelbagai ujian dan perangai murid.
4.  Rasulullah mengulang tiga kali agar kita "DIAM" jika kita marah. Sebarang tindak balas akibat dari marah akan memudaratkan kita dan orang lain.

Ayuh menjadi guru yang memudahkan orang lain, sentiasa bersabar menghadapi anak muridnya. #

[Sumber : https://mersinghebat.blogspot.com/2016/07/perkongsian-hadis-ganjaran-berganda.html ]

12 Inisiatif Terbaru Peringkat Sekolah 2019 :

SMKDUHA MENUJU KELAS DUNIA..
Ahamdullillah...
3  antara 12 Inisiatif KPM 2019 yang telah dilaksanakan oleh SMKDUHA..Insya Allah, inisiatif-inisiatif yang lain bakal menyusul kemudian..Doakan kami semoga dipermudahkan segala urusan dalam melahirkan anak murid SMKDUHA yang bijak lagi cerdik..Antaranya :
INISIATIF 4 : POPULARKAN KEMBALI BUDAYA "HERO TEACHERS' UNTUK TINGKATKAN PROFESSION GURU
INISIATIF 7 : KAWASAN REHAT GURU DIWUHUDKAN DI SEKOLAH
INISIATIF 12 : KEMERIAHAN "SPEAKERS' CORNER" DI SEKOLAH -SEKOLAH

Perasmian Bilik Rehat Guru dan Bilik Solat Guru Wanita SMKDUHA..

Tarikh : 1 Februari 2019
Hari : Jumaat
Upacara Perasmian Bilik Rehat Guru dan Bilik Solat Wanita DUHA telah disempunakan oleh Cikgu Azmi b Basir, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Rembau dan Tuan Sahrizal Bin Masrudi Penyelaras ADUN Kota..
 

Pelancaran NILAM Guru dan Wakaf Buku Tahun 2019

Program Pelancaran Buku NILAM Guru dan Wakaf Buku 2019
Tarikh : 01 Februari 2019
Hari : Jumaat
Hak Milik : GPK Pentadbiran SMKDUHA @ 2018 [Mohammad Bin Said]