http://picasion.com/
picasion.com

Sepuluh Prinsip Penambahbaikan Kemajuan Sekolah

Bagaimana memajukan sekolah ?

Hussein (2008) di dalam bukunya ........ telah menyatakan 10 prinsip untuk memajukan kecemerlangan sesebuah sekolah:
Prinsip 1 - Mempercayai dan mengakui bahawa semua pelajar boleh belajar, diajar dan boleh mencapai  kemajuan. 
Prinsip 2 - Mempercayai dan mengakui bahawa sekolah adalah kunci utama bagi kejayaan  para pelajarnya
Prinsip 3 - Pembangunan dan kemajuan sekolah memerlukan falsafah, matlamat, objektif  dan dasar sekolah
Prinsip 4 - Pembangunan dan kemajuan sekolah merupakan usaha untuk mewujudkan satu budaya sekolah yang lebih positif
Prinsip 5 - Kelolaan dan pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah aspek penting untuk  meningkatkan lagi pencapaian akademik sekolah
Prinsip 6 - Penyelesaian masalah sekolah perlu dilaksanakan atas dasar usahawan dan bukanlah semata-mata untuk pengetua sahaja
Prinsip 7 - Penyelesaian masalah sekolah harus ditumpukan kepada punca-punca yang menyebabkan timbulnya masalah itu bukannya gejala-gejalanya
Prinsip 8 - Maklum balas yang berterusan merupakan mekanisme penting pelaksanaan pembangunan sekolah
Prinsip 9 - Mempercayai dan mengakui bahawa ibubapa dan masyarakat sekitar  mempunyai pelbagai kemahiran dan sumber tenaga untuk membantu sekolah
Prinsip 10- Kemajuan sesebuah sekolah memerlukan pengetua yang mempunyai  kepemimpinan yang berkesan

Modul Exemplar Pen. Sivik. Manual Perhimpunan Sekolah dan Amalan PS dalam Kokurikulum

Pendidikan Sivik bermatlamat untuk melahirkan warganegara yang mengetahui hak, bertanggungjawab dan berakhlak mulia bagi menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan global dengan berfokus kepada literasi sivik dan amali sivik.  Pendidikan sivik ini dilaksana dan diperkasakan secara bersepadu serta holistik melalui perhimpunan sekolah, kurikulum, kokurikulum dan pelbagai aktviti atau program sekolah.

Panduan serta bahan sokongan pelaksanaan Pendidikan Sivik di sekolah menengah boleh dimuat turun melalui link di bawah :

Kod Etika Ibu Bapa / Penjaga / Pelawat

"Kod Etika Ibu Bapa.."

Paparan grafik berikut adalah Kod Etika Ibubapa ketika berurusan di sekolah yang berpandukan Surat Siaran KPM Bil 15 Tahun 2018 untuk perhatian semua ibubapa / penjaga/pelawat.
[Sumber Surat Siaran KPM bil 15 Tahun 2018 : https://www.moe.gov.my/…/bahag…/1086-ss-bil-15-thn-2018/file ] .

Semoga keharmonian dan kesejahteraan dapat disemai bersama.
Hak Milik : GPK Pentadbiran SMKDUHA @ 2018 [Mohammad Bin Said]