http://picasion.com/
picasion.com

Guru perlu ada motivasi

GURU PERLU ADA MOTIVASI
(oleh: Sakinah Salleh)   
        
-Walaupun istilah glamour dan berprestij selalu dikaitkan kerjaya dalam bidang seperti korporat, kedoktoran dan guaman, kehebatan yang sebenarnya terletak pada warga pendidik. Warga pendidiklah yang sebenarnya hebat kerana berjaya mendidik manusia yang berasal dari kampung mahupun bandar menjadi peguam,doktor,saintis dan pelbagai penjawat yang hebat dalam bidang masing-masing.          
-Itulah kehebatan yang sebenarnya. Itulah prestij yang sebenarnya . Betapa hebatnya menjadi warga pendidik kerana berupaya membimbing anak didiknya hingga mencapai kejayaan. Lihatlah bagaimana guru dihargai-diraikan dengan sambutan Hari Guru. Bahkan guru yang teruja lebih menunggu saat keputusan peperiksaan diumumkan. Tatkala pelajar mencapai keputusan yang baik dan cemerlang,ketika itu,mengalir dalam diri guru perasaan terubat segala penat lelah menabur bakti, terbayar segala ilmu yang dicurahkan.         
-Bagaimanapun, sebagai manusia ,guru jug TIDAK sunyi daripada ujian.Ujian sebenarnya bertujuan mengangkat mertabat diri. Ujian datang dalam pelbagai bentuk dan rupa. Ada ujian bersifat peribadi.Ada ujian yang membabitkan diri dan keluarga. Tidak kurang juga ujian yang membabitkan orang lain. Semua ini mungkin memyebabkan guru dibelenggu rasa kecewa, kurang bermotivasi,lemah semangat, dihimpit bebanan sehingga menyebabkan tekanan, depresi, kurang minat mengajar dan sebagainya.        
-Namun, sedarilah hakikat bahawa kehidupan punya aturannya sendiri. Semua sudah ditentukan oleh Allah s.w.t. Life has ups and down.Oleh itu bagi menyuntik semangat pada diri penting setiap guru perlu mempunyai motivasi diri - dari dalam mahupun luar diri. Kedua-duanya mampu membangkitkan semangat kepada diri untuk meneruskan karier dengan jayanya bagi menabur khidmat dan bakti secara berterusan. Cabaran sentiasa ada dan perlu dihadapi. Semua permasalahan tidak akan selesai tanpa diri sendiri yang mengatasinya. Ibarat kata pepatah, pendayung tidak dikayuh,masakan perahu akan sampai ke seberang. Ibarat itu amat sinonim untuk kita menyelesaikan segala permasalahan, baik di sekolah mahupun di rumah.      
-Sebenarnya kitalah sendiri yang perlu mencari jalan penyelesaiannya.Contohnya apabila kita berasa tidak lagi bersemangat mengajar sehingga hilang fokus, tiada upaya dan semangat untuk menjalankan tugas kerana menghadapi masalah tertentu, maka pada saat ini adalah penting untuk diri kita mempunyai semangat dalaman yang kuat. Semangat dalaman yang tinggi mampu menaikkan semangat diri. Contohnya keputusan pepriksaan pelajar tidak seperti yang diharapkan sehingga kita dipersoalkan puncanya, walhal kita sudah mencuba sedaya upaya. Dalam keadaan begini, kita perlu kembali kepada motivasi diri dan berpegang kepada matlamat untuk mendidik dengan penuh  ikhlas. Ketika itu, akan bangkit semangat untuk mencuba dan terus mencuba. Pada tahap ini , apabila kesedaran diri dapat dicapai, maka adalah amat membantu jika kita mendapat motivasi luaran iaitu dorongan,kata semagat dan tips yang berguna daripada rakan yang positif. Melanjutkan pelajaran adalah salah satu cara motivasi luaran kerana apabila kita menambahkan ilmu pengetahuan, secara tidak langsung kita boleh mendapat motivasi.     
-Kepada guru yang memandang remeh soal motivasi diri atau merasakannya sebagai tidak penting, maka PERLU ingat bahawa tanpa motivasi diri, kita akan mendapat kesan yang tidak disedari seperti ketiadaan matlamat yang jelas, hilang fokus, hilang minat dan luntur komitmen.Guru yang mengajar tanpa matlamat yang jelas boleh menjeaskan pelajarnya kerana ia akan mengajar tanpa meletakkan sebarang sasaran yang hendak dicapai.Kesedaran untuk menjadi insan yang cemerlang tidak ada pada semua pelajar, tetapi jika guru bermotivasi dan mempunyai hala tuju yang jelas bagi memastikan pelajarnya mencapai kejayaan , maka sudah pasti ia mampu membimbing pelajarnya supaya fokus mereka terarah untuk mencapai cita-cita atau bermatlamat tertentu. Selain itu, kehilangan motivasi diri juga boleh menyebabkan seseorang itu gagal untuk mengekploitasi potensi dirinya sebenar. Natijahnya akan menimbulkan pemikiran negatif terhadap diri sendiri., orang lain mahupun persekitaran. Apabila ini berlaku, kesannya akan terpercik kepada orang yang sama-sama bekerja dengan kita serta anak didik kita.      
-Guru yang berfikiran negatif gagal melihat peluang yang ada. Bahkan lebih cenderung melihat sesuatu perkara sebagai masalah, bukannya cabaran yang harus ditangani.Misalnya, kita mungkin diberi peluang mengajar subjek baru atau berlaku pertukaran silibus. Guru yang berfikiran negatif akan melihatnya sebagai perkara yang menyusahkan diri. Tetapi bagi yang positif ini adlah peluang menambag kemahiran diri, membuktikan potensi serta menambah nilai kepada pengetahuan yang sedia ada. Sikap cukup dan berpada dengan ilmu an kemahiran yang ada perlu dibuang kerana guru perlu mempunyai sikap yang sentiasa ingin meningkatkan diri dari satu tahap ke tahap yang lebih baik. Oleh itu motivasi diri  amat penting kepada setiap individu.Kaedah yang paling mudah untuk mendapatkannya ialah dengan sentiasa menghampiri orang yang positif serta menampakkan kemahuan yang jelas.Kenali diri, bina indentiti!! (Sumber: Majalah Pendidik .Bil 76/Septemeber 2010)

Tentang Waktu....

Tentang Waktu....
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

Ammbillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Allah.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu dapat membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga....
[Sumber : Media sosial ]

Nasihat buatku dan Anak-anakku..

Wahai anakku,
Janganlah engkau meminta sesuatu jawatan, kerana ianya akan menyusahkan kamu nanti di akhirat.
Sedang kamu tiada kekuatan untuk memikulnya. 

Wahai anakku, 
Andainya manusia faham betapa beratnya hisaban Allah ke atasnya di akhirat, dan ia akan ditanya semua yang ada dibawah tanggungannya dan apa yang diamanahkan kepadanya, nescaya manusia akan lari daripada bebanan jawatan itu. 

Wahai anakku,
Apakah kekuatan yang kamu ada untuk berhadapan dengan hisaban satu persatu di akhirat nanti.
Kerana itu, janganlah engkau berdukacita seandainya kamu tidak dibebankan dengan sebarang jawatan, kerana itu adalah keringanan Allah ke atas kamu.
Bersyukurlah bilamana kamu mendengar berita gembira itu, sujud syukurlah agar syaitan akan berputus asa untuk merosakkan imanmu.

Wahai anakku,
Sesungguhnya jawatan itu tiada sebarang manfaat kalaulah bukan kerana Islam.
Peliharalah sebaik mungkin tujuan ini, gigitlah dengan gigi gerahammu, dan ikhlaslah dalam setiap tindakanmu.
Nescaya engkau memperolihi kekuatan dalam melaksanakan amanahmu.

Wahai anakku,
Bebanan ini akan menjadi ringan kalaulah Allah membantumu, dan Ia tidak akan menolongmu seandainya kamu jauh dariNya. Andainya kamu terasa berat tekanan perasaanmu dalam tugasanmu, maka hendaklah kamu lebih erat hubunganmu denganNya. Kamu tidak akan kecewa dengan celaan makhluk kepadamu, bilamana kamu mengenang celaan yang ditanggung oleh Rasulullah s.a.w lebih berat darimu, Jadilah Baginda sebagai pendorongmu dalam melaksanakan amanahmu, nescaya engkau akan memperolehi model terbaik dalam hidupmu.

Wahai anakku,
Aku hairan ada orang yang bersungguh-sungguh untuk memperolehi jawatan, sebingga sanggup melobi dan memburukkan orang lain. Apakah ia sedar apa yang menantinya di akhirat ?. Saidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali menolak jawatan dan merasakan ada orang lain yang lebih layak sebagai khalifah. Imam Abu Hanifah menolak jawatan Mufti, sedang ia jauh lebih warak dan taqwanya dari kita. Umar Bin Abd Aziz merayu- rayu agar tidak dilantik. Namun Allah akan memberi kekuasaan kepada siapa yang dikehendakinya.

Wahai anakku,
Seandainya kamu dipilih juga memikul bebanan jawatan itu, gunalah sebaik mungkin untuk menyelamatkan mereka di bawah tanggungjawabmu dari kemurkaan Allah dan azabNya di akhirat. Laksanakanlah amanah ini dengan memohon pertolongan kepada Allah, dan bersabarlah di atas sebarang mehnah, kerana aku yakin Allah akan membantumu.

Wahai anakku,
Allah sentiasa melihat dan mendengar rintihanmu dalam kesusahan engkau menanggung bebanan amanah ini, dan pasti Dia tidak akan membiarkan kamu. Bersabarlah dan sungguh- sungguh kamu kena sabar dengan melihat mereka yang jauh lebih berat tekanan dan bebanan darimu, nescaya kamu akan terasa ringannya bebanan yang sedang kamu hadapi.

Ya Allah,
Janganlah engkau bebankan aku dengan sebarang jawatan di dunia ini untuk menyusahkan aku di akhirat. Bantulah aku dalam amanah ini, dan janganlah engkau bebankan aku dengan perkara yang aku tidak mampu melakukannya.

Senyumlah kepada rahmat Tuhanmu.....

[Sumber: Dari majalah yang dibaca ]

PLC : Frog VLE dalam PdPc

PLC : Frog VLE dalam PdPc
Tarikh: 24/5/2018
Masa: 2.30 pm - 5.00 pm

Program bersama Ketua PPD Rembau.

Program bersama Ketua PPD Rembau, En. Azmi bin Basir.
Tarikh: 31/5/2018

Pertandingan Tazkirah Ramadhan 2018

Pertandingan Tazkirah Ramadhan 2018.
Kategori Menengah Atas dan Bawah.
Tarikh: 5/6/2018

Majlis Iftar dan Solat Tarawih 2018

Majlis Iftar dan Solat Tarawih:
Tarikh : 5/6/20
18

Program Ihya Ramadhan dan Majlis Khatam Al-Quran 2018

Program Ihya Ramadhan dan Majlis Khatam Al-Quran 2018.
Anjuran Panitia Pendidikan Islam

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Sambutan Hari Raya 2018

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Sambutan Hari Raya.
Tarikh: 28/6/2018
Dirasmikan oleh:
En. Azmi b Basir, Ketua PPD Rembau

Tusyen Malam Berfokus Asrama

Tusyen Malam Berfokus Asrama:
--------------------------------------------
Masa: 8.00 mlm - 10.00 am
Setiap malam Isnin hingga Khamis untuk pelajar PT3 dan SPM.


Perasmian Minggu B.Inggeris

Perasmian Minggu B.Inggeris:
Tarikh: 16/7/2018
Hari : Isnin

Program Audit Akademik Fasa 1

Program Audit Akademik Fasa 1:
-------------------------------------------
Dialog Prestasi Pep. Pertengahan Tahun 2018 bersama pelajar SPM.
Tarikh: 18 & 19/7/2018

Klinik Matapelajaran Kritikal:

Klinik Matapelajaran Kritikal:
---------------------------------------
Masa: 7.00 am - 7.25 am
Setiap hari Selasa hingga Khamis.

Hak Milik : GPK Pentadbiran SMKDUHA @ 2018 [Mohammad Bin Said]