

Sepuluh Prinsip Penambahbaikan Kemajuan Sekolah
Bagaimana memajukan sekolah ?
Hussein (2008) di
dalam bukunya ........ telah menyatakan 10 prinsip untuk memajukan
kecemerlangan sesebuah sekolah:
Prinsip 1 - Mempercayai dan mengakui bahawa semua pelajar boleh belajar, diajar
dan boleh mencapai kemajuan.
Prinsip 2 - Mempercayai dan mengakui bahawa sekolah adalah kunci utama bagi
kejayaan para pelajarnya
Prinsip 3 - Pembangunan dan kemajuan sekolah memerlukan falsafah, matlamat,
objektif dan dasar sekolah
Prinsip 4 - Pembangunan dan kemajuan sekolah merupakan usaha untuk mewujudkan
satu budaya sekolah yang lebih positif
Prinsip 5 - Kelolaan dan pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah aspek
penting untuk meningkatkan lagi pencapaian akademik
sekolah
Prinsip 6 - Penyelesaian masalah sekolah perlu dilaksanakan atas dasar usahawan
dan bukanlah semata-mata untuk pengetua
sahaja
Prinsip 7 - Penyelesaian masalah sekolah harus ditumpukan kepada punca-punca
yang menyebabkan timbulnya masalah itu bukannya
gejala-gejalanya
Prinsip 8 - Maklum balas yang berterusan merupakan mekanisme penting
pelaksanaan pembangunan sekolah
Prinsip 9 - Mempercayai dan mengakui bahawa ibubapa dan masyarakat sekitar mempunyai pelbagai kemahiran dan sumber tenaga
untuk membantu sekolah
Prinsip 10- Kemajuan sesebuah sekolah memerlukan pengetua yang mempunyai kepemimpinan
yang berkesan
Modul Exemplar Pen. Sivik. Manual Perhimpunan Sekolah dan Amalan PS dalam Kokurikulum
Pendidikan Sivik bermatlamat untuk melahirkan warganegara yang mengetahui hak, bertanggungjawab dan berakhlak mulia bagi menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan global dengan berfokus kepada literasi sivik dan amali sivik. Pendidikan sivik ini dilaksana dan diperkasakan secara bersepadu serta holistik melalui perhimpunan sekolah, kurikulum, kokurikulum dan pelbagai aktviti atau program sekolah.
Panduan serta bahan sokongan pelaksanaan Pendidikan Sivik di sekolah menengah boleh dimuat turun melalui link di bawah :
Panduan serta bahan sokongan pelaksanaan Pendidikan Sivik di sekolah menengah boleh dimuat turun melalui link di bawah :
Kod Etika Ibu Bapa / Penjaga / Pelawat
"Kod Etika Ibu Bapa.."
[Sumber Surat Siaran KPM bil 15 Tahun 2018 : https://www.moe.gov.my/…/bahag…/1086-ss-bil-15-thn-2018/file ] .
Semoga keharmonian dan kesejahteraan dapat disemai bersama.
Langgan:
Catatan (Atom)